Site menu:

 

September 2008
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Komen Terkini

Recent Posts

Kategori

 


Links:

Meta

 

Cuti sekolah

Bila musim cuti sekolah hampir ke penghujung, kenangan dan memori menjadi bualan keluarga. Ada yang merancang untuk percutian musim cuti persekolahan tahun hadapan dengan lebih baik dan bermakna.

Bagi yang bercuti bersama anak-anak tahun ni amacam? Ok tak? Destinasi mana pun yang dipilih sudah tentu akan menjadi kenangan kepada keluarga terutamanya anak-anak. Anak-anaklah yang gembira sekali kerana hari pertama persekolahan mereka nanti…. masing-masing akan bertukar cerita dan berkongsi pengalaman percutian bersama keluarga masing-masing.

Dalam pada itu kita perlu ambil kesempatan terhadap anak-anak kita dengan mengajar mereka menulis catatan perjalanan mereka dalam bentuk dairi atau jurnal dan lebih baik lagi jika blog jika berkemampuan teknikal, lagipun blog free kan banyak. Kita lihat pula kehebatan anak kita menulis, mana tau entah-entah anak kita lebih hebat dari kita.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman percutian di Bukit Merah, kebetulan waktu melawat orang utan hujan renyai-renyai. Berkejar juga mencari payung….dalam sibuk mencari payung terpandang pada orang utan, rupa-rupanya mereka juga berpayung [tengok gambar ].

Mungkin bertuah juga saya pada hari itu,disebabkan hujan saya dapat rakamkan satu gambar yang mungkin sukar nak diperolehi.

Anak-anak amat suka dan gembira melihat telatah orang utan. Saya kata pada anak-anak kita kena sayang pada haiwan lain kerana mereka juga mempunyai tempat dan hak untuk hidup di mukabumi ini.

“TIADA guna mengajar kanak-kanak sayangkan haiwan jika mereka tidak menghargai hidupan itu dengan mencintainya.

Anak dan UPSR

Sekalung tahniah kepada ibubapa atas kejayaan anak dalam peperiksaan UPSR terutamanya yang memperolehi 5A. Tidak dilupakan juga kepada yang tidak mendapat semua A jangan berputus asa kerana ianya satu permulaan.

Ibubapa mana yang tidak bangga mempunyai anak-anak yang berjaya terutamanya dalam pelajaran…… Bermulalah penghijrahan pertama ke alam menengah samaada keasrama samaada penuh atau pun tak penuh.

Walau apapun sebagai ibu bapa kita jangan leka atau dibuai mimpi dengan kejayaan kerana perjalanan masih jauh dan banyak lagi liku yang harus ditempuhi.

Sebagai anak kita harus bersyukur kepada tuhan. Anak-anak juga perlu berbangga mempunyai ibubapa yang berkorban demi kejayaan dan kebahagian kita.

Guru juga tidak ketinggalan tumpang bergembira dengan kejayaan anak murid. walaupun nampak guru menumpang tuah dan kadang-kadang terasa syok sendiri. Apapun guru patut berbangga kerana besar mana. hebatmana insan mereka bermula bersekolah dengan seorang guru biasa.

Tahniah!

 

SELAMAT HARI RAYA

Kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kiranya ada salah silap tutur kata dan bicara. Buat rakan-rakan blog yang banyak menyumbang idea dan pendapat antaranya smartzul cikgu azleen  Q  ktom  amirhakimi  alicyber, dan ramai lagi. Sekeping kad raya yang tak seberapa ini buat tatapan kalian.

kadraya

Harapan saya semoga segala persiapan raya berjalan dengan lancar terutamanya lemang

dan ketupat


Hari yang mulia ini jangan kita lupa terutamanya kedua ibubapa kita, mertua dan sanak saudara kita. Ambillah kesempatan ini untuk bermaaf-maafan. Kepada yang telah pergi, ziarahlah kubur mereka Alfatihah!

Untuk anak-anak, Belilah pakaian yang cantik-cantik [ tak semestinya mahal ] kerana anak-anak inilah penyeri hari raya. Sediakanlah mereka dengan secukupnya kerana tidak mengerti lagi apa itu perbelanjaan… yang mereka tahu ialah nak baju baru. Sediakanlah untuk mereka. Penting supaya kita dan mereka tak terkilan dikemudian hari.

Hari yang mulia ini jugalah peluang kita mengajar anak-anak kita erti kunjung mengunjung atau ziarah menziarah sesama kita.

Bak kata, hari mulia ini kita

Buat sehabis baik Untuk Keluarga

Periksa dan Bocor

Kita semua, sejak kebelakangan ini digemparkan dengan berita-berita yang tak menyenangkan yang menghadirkan implikasi yang tidak begitu baik kepada kekeluargaan. Kemalangan bas begitu tragis yang meragut nyawa. Kehilangan anak dalam sekelip mata. Banyak lagi, dan yang terkini ialah kes kebocoran soalan periksa UPSR…. apa nak jadi ni, sebagai bapa tentunya kecewa, anak lagi kecewa kerana soalan yang sering di ajukan ialah betul ka soalan bocor bukannya  boleh jawab ke tak!

Kesian anak belajar bagai nak rak, tution sana tution sini, seminar teknik menjawab, motivasi dan latih tubi… bak kata dah beribu RM dah habis demi pendidikan anak-anak, last-last soalan bocor. Kepada mereka yang hanya belajar soalan tu saja adilkah? Persoalan yang perlu pertimbangan yang sewajarnya.

Anak-anak pula asyik tanya kena periksa lain tak? seolah-olah digantung tak bertali. Apapun peristiwa yang berlaku akan menjadi pengajaran dan sejarah kepada generasi akan datang. Kita perlu bimbang kalau-kalau generasi akan datang akan kata kejayaan ibu bapa dalam pendidikan adalah hasil daripada soalan bocor bukan dari usaha yang hebat.

Kemungkinan untuk kita diperlekehkan ada… kerana sejarah tak terpadam!

 

Disiplin dan Aktiviti

Maaf kepada rakan-rakan yang memantau blog kerana lama tak ada post, bukan kerana tak ada benda yang nak di post tapi tak ada kesempatan kerana selalu keluar untuk aktiviti luar. Antaranya ialah seperti berikut

scout

Anda amacam? pernah berpengakap? kalau ya mungkin zaman persekolahan dulu atau maktab masa muda-muda dulu. Tentu banyak pengalaman menarik yang anda telah lalui dalam aktiviti pengakap….. masih ingat perkhemahan? Mungkin semuanya tinggal kenangan.

Bagi menyegarkan kembali nostalgia anda galakkanlah anak anda menyertai pengakap. Saya yakin banyak aktiviti yang dapat membentuk disiplin mereka.

scout2

Esok lusa saya dan rakan-rakan akan bertungkus lumus sekali lagi untuk perkhemahan pengakap remaja. Nanti kita jumpa lagi

Jangan Takut

Anda pernah takut? Kenapa takut? Takut selalunya dikaitkan dengan perasaan bersalah terhadap sesuatu perkara.Takut juga seringkali dikaitkan dengan hantu.

Tidak dapat dinafikan setiap orang ada sedikit perasaan takut, cuma yang membezakan antara kita ialah peratus ketakutan itu. Kalau dikenang perasaan takut dari kecil hingga dewasa…. kita sering takut dan ketakutan itu sudah menjadi sebahagian dari hidup.

Perlukah ketakutan menghantui kehidupan kita sepanjang masa? tentunya tidak perlu tetapi bagaimana kita nak lari dari ketakutan atau sekurang-kurang pun kita kurangkan ketakutan itu. Agaknya kepada sesiapa yang ada kepakaran. bolehlah tulis buku bertajuk BERANI UNTUK TAKUT

Mungkin ramai antara kita ada idea dan pengalaman bagaimana mengatasi takut, bolehlah berkongsi untuk kebaikan semua.

Selamat Hari Bapa

Bapa, ayah, abah, itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya…. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin. Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.

Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak. Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati. Kadang-kadang takut kadang-kadang tidak.

Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah! Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah. Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan ayah dan ibu kita.

SELAMAT HARI BAPA